Tuesday 17 July 2012

Tonton video ini sehingga minit yang ke 5 sahaja. Kemudian, jawab soalan - soalan di bawah ini.

Sebutkan serangga yang telah mengganggu Upin,Ipin dan kawan - kawan mereka dan bagaimanakah cara opah menyelesaikan masalah tersebut ?

Saturday 14 July 2012


LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (1)

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm.      

         Kawasan ini juga mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.
Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok yang tumbuh di hutan jenis inin biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur. Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.

        Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.

       Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.

    Sesungguhnya hutan monsun tropika menjadikan Myanmar dan Laos pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.

       Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negara-negara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.


1. Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis

    A.  monsun sederhana
    B. monsun tropika
    C. monsun khatulistiwa
    D. hutan luruh

2. Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di          

    A. tumbuh rapat-rapat
    B. ketinggian pokok kurang dari 40 meter
    C. tumbuh merimbun
    D. banyak pokok kayu yang keras

3.  Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?

     A Pokoknya tumbuh rapat-rapat
     B Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
     C Banyak pokok yang keras dan berharga
     D Mudah ditebang

4. Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika  
    mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup?

   A. Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
   B. Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
   C. Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
   D. Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

5.  Pilih pernyataan yang benar.

     A. Hujan tahunan di Laos melebihi 2000 mm
     B. Daun-daun pokok di hutan monsun tropika akan luruh pada musim hujan
     C. Kawasan hutan monsun tropika kurang dipenuhi semak-samun
     D. Eksport kayu balak merupakan sumber ekonomi yang utama bagi 
          Myanmar.

Latihan Kefahaman 2


LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (2)



Baca puisi di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.


Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan

Guruku
Kejayaan yang kauidamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu

Guruku 
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu. 


1.  Apakah jenis puisi ini ?


    A.  Sajak
    B.  Syair
    C.  Pantun
    D.  Gurindam

2. Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?


    A.  Keikhlasan guru
    B.  Jasa Guru
    C.  Pengorbanannya
    D.  Tugas Seorang Guru

3.  Membakar diri menerangi kami bermaksud………….


    A.  selalu berjuang untuk keselamatan negara
    B.  selalu menepati janji kepada pelajarnya
    C.  berusaha agar pelajarnya berjaya
    D.  berusaha mencapai cita-citanya

4.  ‘Puncak menara ilmu’ merujuk kepada ………


    A.  sekolah berasrama penuh
    B.  Pusat Sumber
    C.  Perpustakaan Awam
    D.  Universiti


5.  Apakah yang tidak benar tentang puisi ini ?


   A.  Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
   B.  Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
   C.  Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah 
   D.  Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya



Latihan Kefahaman 2

LATIHAN 1 - KARANGAN AUTOBIOGRAFI


                          “Aku Sepasang Kasut”

Nama saya ialah puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.

Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.

Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.

Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.

Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.

Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.

Karangan Autobiografi

LATIHAN 2  -   KARANGAN AUTOBIOGRAFI 



“ Aku Cermin”

Aku cermin. Aku diperbuat daripada kaca. Setelah aku dilahirkan di sebuah kilang, aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual. Di situ, aku bertemu dengan banyak rakan yang lain.

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang gadis yang jelita. Dia membawa aku pulang ke rumahnya dan menyangkutkan aku pada sebatang paku di dinding.

Setiap pagi sebelum pergi bekerja, gadis itu pasti akan menggunakan aku. Kadangkala, leka juga aku melihat dia mengenakan bedak serta gincu.

Pada suatu hari, ketika aku tinggal sendiri, adik lelaki gadis itu telah masuk ke bilik tuanku. Dia membawa sebiji bola. Dia kemudiannya, melambung-lambung bola itu. Tiba-tiba, bola itu terkena mukaku.

Aku jatuh ke lantai. Alangkah sakitnya aku kerana badanku sudah hancur berkecai. Kerana takut, budak itu segera mengutipku lalu membuangku ke dalam tong sampah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berkhidmat kepada tuanku lagi.






LATIHAN TATABAHASA 1

Bahagian A: (10 markah)

Pilih peribahasa yang sesuai bagi setiap butiran di bawah ini.

1. Kita tidak harus bersifat ______ apabila menikmati kekayaan.

    A.  hentam-keromo
    B.  kacau-bilau
    C.  kelam-kabut
    D.  compang-camping

2.  Fariq telah mengambil keputusan untuk berada di ______ kerana tidak mahu dikatakan tidak adil. 
 
     A.  makan suap
     B.  bintang terang
     C.  atas angin
     D.  atas pagar

3.  Bapa tidak keluar rumah selepas senja kerana dia ______.

     A.  rambang mata
     B.  rabun ayam
     C.  panjang tangan
     D.  kera sumbang

4.  Salina mempunyai ramai kawan kerana dia ______.

    A.  ringan kepala
    B.  ringan mulut
    C.  lidah biawak
    D.  lipas kudung

5.  Kita harus menjauhi perbuatan yang buruk kerana ia boleh menjadi ______. 


    A.  khabar angin
    B.  mulut murai
    C.  buah mulut
    D.  cakap besar


Untuk latihan selanjutnya sila klik Latihan 10

LATIHAN TATABAHASA 2

Bahagian A: (20 markah)


Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang dihitamkan di bawah dalam tiap-tiap butiran berikut. Pilih jawapan yang betul.

1. Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
 
    A.  sopan
    B.  baik
    C.  rajin
    D.  taat

2.  Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyang.

     A.  mabuk
     B.  bimbang
     C.  penat
     D.  takut

3.  Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah. 


     A.  menyaman
     B.  memukul
     C.  menghukum
     D.  memarahi


4.  Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.

     A.  sesuai
     B.  cantik
     C.  cukup
     D.  lengkap

5.  Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu. 


     A.  moden
     B.  panjang
     C.  kukuh
     D.  indah

Untuk latihan selanjutnya, sila klik Latihan 1

BAHASA JIWA BANGSA

BIDALAN

Sudu- sudu di tepi jalan                                               
Dipanjat kena durinya                                                         
Disinggong kena rebasnya                                                       
Ditakek kena getahnya                                                             
( orang yang cerdik,  mahir tahu sahaja membuat kerja)             


GURINDAM

Kalau nan sedang bertatih                                           
Kamilah yang memimpin                                               
Kalau nan yang sedang berjalan                                      
Kamilah yang mengiring
Kalau nan sedang duduk                                            
Kamilah yang menjemput                                               
Supaya ilmu menjadi
Sumbangan bakti diingati    
                                       
                                               
 SIMPULAN  BAHASA

                Abu Jahal
(Orang yang merosakkan masyarakat)



PERUMPAMAAN        
                            
Bagai air di daun talas                                                      
( Pendirian yang selalu berubah-ubah )                                                        
                                                                                                                                                              SYAIR

Tersebutlah kisah satu cerita                            
Kisah bermula di sebuah desa                            
Penduduknya ramai pelbagai bangsa                
Bahagia hidup sentiasa  sentosa                      


SAJAK

Kali ini kau berbaju biru,
Dan bajuku ungu,
Sayang hanya aku tahu,
Hatimu,                                                                          
Tidak setulus hatiku.

Bila begini,
Sebilah pisaumu aku tidak gentar,
Hati dan rasa mengajarku,
Aku menjadi lebih berani.


 PEPATAH

Ada air, adalah ikan
(Di mana-mana kita tinggal,  di situ ada rezeki )


SELOKA

Aduhai malang nasib Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Anak pulang kebuluran