Tuesday 17 July 2012

Tonton video ini sehingga minit yang ke 5 sahaja. Kemudian, jawab soalan - soalan di bawah ini.

Sebutkan serangga yang telah mengganggu Upin,Ipin dan kawan - kawan mereka dan bagaimanakah cara opah menyelesaikan masalah tersebut ?

Saturday 14 July 2012


LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (1)

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm.      

         Kawasan ini juga mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.
Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok yang tumbuh di hutan jenis inin biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur. Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.

        Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.

       Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.

    Sesungguhnya hutan monsun tropika menjadikan Myanmar dan Laos pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.

       Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negara-negara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.


1. Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis

    A.  monsun sederhana
    B. monsun tropika
    C. monsun khatulistiwa
    D. hutan luruh

2. Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di          

    A. tumbuh rapat-rapat
    B. ketinggian pokok kurang dari 40 meter
    C. tumbuh merimbun
    D. banyak pokok kayu yang keras

3.  Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?

     A Pokoknya tumbuh rapat-rapat
     B Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
     C Banyak pokok yang keras dan berharga
     D Mudah ditebang

4. Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika  
    mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup?

   A. Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
   B. Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
   C. Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
   D. Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

5.  Pilih pernyataan yang benar.

     A. Hujan tahunan di Laos melebihi 2000 mm
     B. Daun-daun pokok di hutan monsun tropika akan luruh pada musim hujan
     C. Kawasan hutan monsun tropika kurang dipenuhi semak-samun
     D. Eksport kayu balak merupakan sumber ekonomi yang utama bagi 
          Myanmar.

Latihan Kefahaman 2


LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (2)



Baca puisi di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.


Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan

Guruku
Kejayaan yang kauidamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu

Guruku 
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu. 


1.  Apakah jenis puisi ini ?


    A.  Sajak
    B.  Syair
    C.  Pantun
    D.  Gurindam

2. Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?


    A.  Keikhlasan guru
    B.  Jasa Guru
    C.  Pengorbanannya
    D.  Tugas Seorang Guru

3.  Membakar diri menerangi kami bermaksud………….


    A.  selalu berjuang untuk keselamatan negara
    B.  selalu menepati janji kepada pelajarnya
    C.  berusaha agar pelajarnya berjaya
    D.  berusaha mencapai cita-citanya

4.  ‘Puncak menara ilmu’ merujuk kepada ………


    A.  sekolah berasrama penuh
    B.  Pusat Sumber
    C.  Perpustakaan Awam
    D.  Universiti


5.  Apakah yang tidak benar tentang puisi ini ?


   A.  Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
   B.  Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
   C.  Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah 
   D.  Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya



Latihan Kefahaman 2